Bagi peniaga di luar sana, makin lama bila bisnes makin berkembang sebenarnya kita kena upgrade jugak bisnes tu.
Apakah tanda bisnes online dah berkembang?
1. Produk mula dapat sambutan.
2. Orang mula cari kita.
3. Makin sibuk melayan bisnes kita dari buat benda lain.
Tapi tak bolehlah berharap semua nak buat sendiri, nanti lama-lama kita akan rasa burn-out. Bila burn-out, mulalah rasa letih sebab semua benda kita buat.
Antara resipi perniagaan yang berjaya ialah leverage-kan perniagaan kita supaya kita ada lebih masa dan produk boleh sampai kepada ramai orang dengan mudah.
Ini antara 5 cara leverage bisnes online menggunakan Internet:
#1 – Gunakan Pengiklanan Online
Ini sangat penting. Kalau anda nak capai lagi ramai orang, gunakan pengiklanan online samada Google Ads, Facebook Ads dan lain-lain teknik pengiklanan yang hot zaman sekarang ini.
– Jika target market memang berada di media sosial sebagai contoh, gunakan Facebook Ads.
– Jika produk kita ramai yang cari di Google search, gunakan Google Adwords supaya produk kita keluar di ruang carian.
– Kalau target kita menggunakan Instagram, buatlah iklan untuk Instagram.
Pengiklanan berbayar memang satu cara mudah nak capai kepada ramai orang dan dengan settings yang betul, anda pun boleh capai ramai bakal pembeli dengan harga murah! Kenapa susah-susah buat offer dekat 10 orang seorang diri sedangkan kita boleh dapat 1000 orang lihat promosi kita dalam sehari?
#2 – Automasikan Hubungan Pelanggan Dengan Auto-Responder
Jika anda ingin berhubung dengan bakal prospek secara automatik, maka auto-responder adalah sistem yang sangat sesuai. Auto-responder ialah sistem balas mesej secara automatik!
Ada banyak sistem untuk auto-responder antaranya:
– Aweber
– iContact
– ..dan banyak lagi.
Sungguh sedikit teknikal untuk di-setup, tapi sekali sudah setup, prospek akan masuk dalam senarai database dan kita boleh terus berhubung dengan prospek hanya melalui email!
Dan yang paling best, kita boleh automate email supaya dihantar secara automatik kepada ramai orang tanpa perlu kita hantar satu-satu.
Sungguh jimat masa! Hanya daftar satu sistem auto-responder, setup cara prospek boleh hubungi kita (berikan email, no telefon dan lain-lain) dan kemudian hanya set email yang akan dihantar secara automatik apabila bakal prospek berikan email mereka kepada kita.
PS: Jumlah pembeli melalui email adalah jauh lebih tinggi daripada media sosial.
#3 – Jimat Masa Dengan Gunakan Aplikasi Auto Post Di Internet
Auto post adalah sebuah sistem di mana kita boleh post content kepada media sosial dengan segera tanpa perlu berada depan komputer! Hanya tulis post kita, setup di mana post kita akan dihantar dan kemudian pilih tarikh.
Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah:
– Buffer
– kuku.io
– ..dan lain-lain lagi.
#4 – Uruskan Bisnes Online Secara Mobile
Ini ialah satu terma, bukan apps. Maksudnya di sini uruskan segala perniagaan online kita menggunakan teknologi smartphone.
– Untuk urus email? Gunakan app Gmail.
– Untuk hubungi pelanggan? Gunakan WhatsApp.
– Untuk berkomunikasi dengan team, boleh gunakan Telegram.
Ada macam-macam app ikutlah atas kesesuaian bisnes masing-masing. Supaya tak perlulah nak bawa laptop yang besar tu 24 jam.
#5 – Gunakan website + ecommerce platform untuk uruskan pembeli & jualan macam robot
Website ecommerce memang boleh bantu jual banyak barang dengan mudah (jika kita jual produk sendiri yang banyak). Antara sebabnya:
– Boleh upload & jual banyak produk dalam satu website.
– Borang tempahan automatik disediakan bagi setiap produk.
– Pembeli boleh isi borang, dan terus buat bayaran.
– Kalau pembeli lupa, email automatik akan dihantar setelah buat tempahan.
– Yang paling best, kita dapat database pembeli, order pun disimpan dalam sistem dan pembeli boleh terus bayar.
Contoh terpaling baik tengoklah pada Zalora, Lazada, Lelong dan lain-lain website ecommerce terbesar. Tapi ini satu trik yang tak ramai tahu: anda boleh bina website kedai online untuk produk anda sendiri!
Ini contohnya:
Produk kesihatan – HerbaBelalaiGajah.com
Jual buku – BukuOnlineTerbaik.com
Jual fesyen – ATLBrand.com
Memang macam Lazada, cuma website ini untuk menjual produk kita sendiri, memang best!
Saya sendiri bila guna sistem ecommerce kedai online, saya jimat 90% masa urus order dan pelanggan.
Sebab student saya sendiri pun boleh bina website yang uruskan banyak order dengan mudah macam robot! Memang gila best.
Jika anda ingin bina kedai online sendiri, binalah dan leverage betul-betul perniagaan online dengan bina kedai online sekarang.
Ada nak tambah? Boleh komen di bawah nanti saya masukkan atau buat artikel baru 😀