• No products in the cart.

5 Kesilapan BESAR Peniaga Online Lakukan Dengan Website

Salam!

Okay kemain seronok lagi bila dah mula bina website ataupun upah. Cuma sayangnya, ramai yang tak optimize-kan website mereka dengan sepenuhnya! Yang ramai tahu hanya sekadar bina dan tinggalkan, dengan harapan ada orang akan datang dan beli.

Setelah bertahun saya mengajar dan berniaga online, saya nak kongsi sedikit 5 kesilapan peniaga online bila menggunakan website. Jom baca!

#1 – Salah Pilih Produk

Ini sebenarnya kesilapan paling besar apabila sudah ada website yang menjual, iaitu salah pilih produk. Kenapa terjadi macam ni? Ada banyak sebab. Antara kesilapannya ialah:

  • Produk tidak mempunyai permintaan yang banyak.
  • Produk sudah banyak pesaing di pasaran.
  • Keuntungan produk tidak boleh menampung belanja perniagaan apatah lagi sewa tahunan website.

Apa nak buat? Tambah/cari produk lain dan kurangkan kos pengiklanan/kos produk. Ada banyak lagi cara tetapi sebagai permulaan, carilah produk yang kita boleh jual dulu sebelum labur bina website. Kerana antara tujuan website ini hanya untuk memudahkan banyak jualan diuruskan (dengan sistem). Tetapi jika kita dah ada produk kita mungkin akan sangkut kerana..

#2 – Ambil Masa Terlalu Lama Setup Website

Ini satu masalah besar. Sudah belajar sana-sini tapi masih sangkut. Kenapa terjadi begini? Mudah sahaja, samada belajar banyak benda free di Internet sampai tak tahu mana satu yang perlu mula dulu, atau ada masalah teknikal tapi tak tahu mana nak rujuk (Google sendiri sampai sudah).

Akibatnya? Produk tak berjalan.. perniagaan tak berjalan. Tapi duit dah habis di website, rugi masa & tenaga.

Apa nak buat? Belajar buat yang penting sahaja, itulah gunanya belajar dengan yang sudah melaluinya. Kita boleh tahu satu proses tu dengan lebih mudah & cepat. Tak payah pening-pening kepala lagi, kalau sangkut tanya je yang dah lalu, mesti setel punya. Kalau website dah siap, produk dah ada, mungkin timbul satu lagi masalah iaitu..

#3 – Website Tidak Mendatangkan Faedah

Inilah satu masalah yang agak serius, di mana website kita langsung tiada faedah. Apa maksud tiada faedah ni? Tiada ROI.

Tiada hasil. Tiada tujuan. Tatkala tujuan orang lain ialah dapatkan prospek, bina kepercayaan, buat sales, website kita mungkin ada blog dengan info saja… adakah ianya cukup untuk hasilkan jualan? Mungkin tidak (berdasarkan pengalaman saya sendiri).

Apa nak buat? Kenalpasti apa yang kita mahukan dari website kita, kemudian bina website kita ikut flow yang kita mahukan:

  • Nak kumpul prospek? Buat satu borang email dan minta prospek isi atau suruh hubungi kita jika berminat dengan produk kita.
  • Nak bina trust? Banyakkan sharing content berkualiti. Lagi power lagi bagus, cuma jangan copy paste dari Google lah! Tulis sendiri.
  • Nak buat sales? Siapkan e-commerce dan juga page jualan untuk produk kita. Pastikan orang yang masuk ke website kita boleh baca dan beli (ikut WhatsApp atau sistem, terpulang).

Kalau website dah boleh kumpul prospek, dah start blogging/bina trust, dah ada page jualan dan orang boleh beli online (WhatsApp atau borang tempahan), apa je yang boleh berlaku? Kemungkinan besar akan berlaku lagi satu silap iaitu..

#4 – Tidak Tarik Trafik

Macamana orang nak datang beli kalau tak tarik trafik? Saya pernah kena dah dulu, penat-penat bina website minisite tapi tak tarik trafik (sebab tak tahu). Akhirnya ada orang datang tak? Memang tak ada… setahun kemudian baru ada, lepas saya letak video produk saya di YouTube. Itu pun dah tak jual dah produk tu.

Jangan ingat website yang kita ada tu boleh terjual dengan sendirinya. Kita kena laburkan masa & wang untuk tarik trafik. Rugi je penat-penat ada website tapi takde trafik. Akhirnya syok sendiri jadinya.. tapi apakah yang berlaku bila dah tarik trafik? Akan muncul satu lagi problem untuk long-term iaitu..

#5 – Tidak Aktif Bangunkan Channel Sendiri

Ini satu perkara yang sangat merugikan. Jika kita tak bangunkan channel sendiri (website salah satu daripadanya), bagaimana kita nak jaga brand kita agar segar di mata prospek?

Ramai yang gunakan strategi kumpul Facebook likes, lepas tu kalau nak buat jualan, kena buat iklan di Facebook Ads kepada orang yang dah likes = lagi keluar kos.

Sedangkan pengiklanan yang paling rugi ialah, apabila kita dah usaha buat pengiklanan tetapi orang tetap tak suka kepada kita. Akhirnya orang nampak iklan, dan kalau dia tak minat, dia akan scroll/buat benda lain. Dah rugi kos iklan dekat situ.

Kenapa? Orang perlukan sebab untuk kekal bersama kita kerana orang mudah beralih brand sekarang ni.

Apa nak buat? Mudah sahaja, bina hubungan dengan prospek/customer. Banyakkan sharing di website dan jangan stop berkongsi ilmu dekat prospek/pelanggan sedia ada. Dan tiada cara mudah untuk bina hubungan melainkan konsisten sharing sahaja (tanpa memaksa jual, ini yang ramai payah nak buat, sikit2 nak jual haha).

Itulah dia, sepanjang saya menjalankan perniagaan online, saya banyak tengok website yang terbengkalai. Kalau aktif pun sekejap je, lepas tu dah diam. Jangan biarkan satu saluran ini tidak aktif, kerana website memang boleh jadi saluran untuk cari prospek, buat sales dan teruskan hubungan dengan lebih power!

Ada Komen? Tulis di sini!

comments

December 7, 2017
Web Design © AkmalDesigns.net. All rights reserved.