• No products in the cart.

Bagaimana Automate Perniagaan Online?

Salam semua!

Baru-baru ni saya tergerak hati nak check perjalanan perniagaan saya, dan saya amatlah terkejut bila saya mendapati akibat saya automate perniagaan online saya, saya mampu jana 5 angka secara automatik walaupun sibuk dengan perniagaan lain!

Tak sibuk ke buat banyak perniagaan dalam satu masa?

TAK! Kalau kita sudah automate perniagaan kita.

Serius! Sejak saya automate perniagaan saya, boleh kata saya banyak habis masa untuk check sales & penuhi pesanan order je. Aktiviti marketing, close sales, manage order, follow up semua tu saya dah automate.

Sebab itu saya ada banyak masa.

Sebelum ni saya selalu teaser camana nak automate perniagaan online, kali ni saya nak share terus apa yang saya gunakan supaya anda pun boleh juga buat!

#1 – Kena ada sales funnel.

Ini yang tak ramai orang tahu. Kalau kita nak buat duit, kita kena tahu apakah cara menjual yang paling sesuai untuk produk kita? Facebook? Google? Instagram? Website? Youtube? Marketplace? Ah! Banyaknya!

Kita sendiri kena cuba dulu sebenarnya. Walaupun ramai orang ajar sales funnel, tapi bila kita sendiri cuba menjual, percayalah memang lain punya!

  • Ada student saya ni jual rumah, ingatkan pakai website berkesan, tapi rupanya marketplace lagi berkesan!
  • Ada student yang jual pelan rumah, ingatkan pakai marketplace orang cari, tapi rupanya pakai website & SEO lagi berkesan!
  • Ada yang ingat jual servis kerja ke luar negara kena pakai Facebook, tapi rupanya banyak close lepas ajak jumpa setelah WhatsApp!

Haa inilah yang saya maksudkan sales funnel. Walaupun asasnya sama (tarik trafik, tarik perhatian, buat keputusan & jual) tetapi tekniknya lain-lain! Apakah yang sesuai dengan kita? Inilah yang anda kena cari dulu. Jika anda berniaga online, cuba semua cara menjual yang ada untuk ketahui apakah teknik yang paling sesuai dengan perniagaan kita.

#2 – Kena buat online marketing.

Bila anda dah tahu apakah sales funnel yang sesuai untuk anda, barulah anda labur duit untuk buat pengiklanan! Ini bahagian kedua yang sangat penting.

Berapa banyak sales yang kita boleh buat bergantung kepada berapa kuat funnel kita. Berapa banyak bilangan sales yang kita boleh dapat bergantung kepada trafik yang kita tarik.

Nak lebih banyak trafik? Gunakan servis pengiklanan Facebook, Google, Instagram dan lain-lain lagi kemudian bawa mereka masuk ke sales funnel kita.

Itulah yang boleh bantu perniagaan kita untuk dapat banyak sales. Tetapi, kalau betul nak automate..

#3 – Kena ada sistem yang uruskan order.

Ini paling penting. Walaupun rakyat di Malaysia suka pesan barang secara manual, tetapi sekarang ni orang semakin bijak membeli secara online. Kalau ada masa, boleh sahaja layan close sales secara manual. Tapi setelah saya tengk banyak student sanggup luang masa buat secara manual, saya terus tukar teknik. Ya, teknik yang saya gunakan tak lain tak bukan = terima order/pembayaran melalui kedai online. Ini turutannya:

  1. Setelah saya tarik trafik masuk ke sales funnel saya (iaitu website), prospek yang ingin membeli hanya perlu mengisi borang tempahan sahaja di kedai online saya.
  2. Kemudian setelah mereka menghantar borang, sistem kedai online akan hantar pula email untuk buat pembayaran (beri nombor akaun) secara automatik.
  3. Di sinilah magic itu terjadi… saya dapat banyak gila order, semua masuk ikut sistem, dan saya hanya perlu sahkan duit yang masuk (sebab saya belum pasang payment gateway lagi) dan hantar barang je.

Ada banyak sistem untuk uruskan order di luar sana tu! Samada gunakan sistem manusia atau sistem di Internet. Saya pilih untuk guna & bina sistem Internet sendiri sebab boleh automate (jimat kos, masa, tenaga), boleh customize dan nampak professional (ada brand sendiri).

Itulah kedai online.

#4 – Kena ada sistem yang boleh engage customer.

Ini penting, kita kena terus engage dengan customer kita. Jangan sombong dah dapat sales terus buat tak tahu je.. ramai orang ketepikan benda ni.

Lazada pun lepas kita beli di sana, Lazada akan terus menerus hantar email, betul? Apatah lagi perniagaan offline contohnya Domino’s Pizza yang sering hantar SMS.

Ada macam-macam tools yang boleh kita gunakan sekarang ni untuk engage balik customer kita, seperti email, WhatsApp, Telegram, SMS, call pun boleh.. terpulang!

Bila dah ada sales, gunakan data customer yang kita dah dapat untuk kita terus hubungi mereka dan offer produk yang baru pula selepas mereka beli. Itulah caranya nak automate dan sekaligus jimat kos marketing.

Haa, itulah dia!

Lengkap semua ni, kita hanya monitor dan manage bila perlu sahaja. Kalau kita one man show? Susun masa untuk manage semua ni.

Inilah formula saya sewaktu melancarkan beberapa produk yang menjadi. Saya sangat terkejut sebab saya tak perlu nak manage sangat macam kebanyakan student saya yang buat manual. Saya hanya buat marketing dan tunggu sales masuk je. Pasal apa? Sebab semua di atas ni saya dah sediakan.

Itu saja. Jumpa lagi.

Ada Komen? Tulis di sini!

comments

Web Design © AkmalDesigns.net. All rights reserved.