TutorialXpress.my

Bagaimana Menjadi Seorang Pemimpin Didalam Bisnes Kecil

Akmal Izzat
Pengasas & CEO, AkmalDesigns.net & TutorialXpress.my | Digital Marketing Trainer & Coaching

Pernah dengar atas sama, bawah pun sama? Mungkin tidak sebab itu pepatah yang saya buat sendiri. Tapi pendek kata, kalau orang di atas perangai macam tu, maka orang bawahan pun sama.

So apa maksudnya di sini? Kalau kita nak jadi leader, kita kena mula dari sendiri dulu.

#1 – Kepimpinan melalui contoh.

Datang kerja on-time, tunjukkan komitmen buat kerja dengan disiplin, ikut SOP dan teratur sampai capai target. Dan sentiasa bersemangat tinggi. Kita kena kawal emosi, jangan tunjuk yang kita stress nanti pekerja-pekerja lain pun turut stress.

#2 – Dengar.

Jangan syok sendiri walaupun kita rasa kita betul, dengar apa pendapat semua orang dan kadang-kala kita mungkin terjumpa sesuatu yang kita terlepas pandang.

#3 – Pimpin dulu, baru lepas tangan.

Banyak orang nak ambil jalan mudah dengan hire lepas tu main lepas. Jangan buat macam tu, hang rugi banyak masa. Seeloknya pimpin dan perhatikan cara dia buat kerja, slow-slow sampai dah boleh lepas tangan haa barulah lepas tangan.

#4 – Hargai setiap perkara yang mereka buat untuk bisnes.

Walaupun kecil, mesti say thank you. Every time habis kerja kalau boleh sebelum diorang balik, just say thank you. Be humble. They will remember.

Itulah ragam bisnes, di Malaysia ni lebih-lebih dikalangan orang Melayu, kita kena set standard supaya kerja ikut kualiti yang ditetapkan tetapi still menghargai mereka agar pekerja sentiasa follow kita. Kalau hang keras, sampai bila? Sebab tu kebanyakan pekerja berhenti sebab tak tahan orang atasan. Oleh itu, janganlah biarkan dari atas turun ke bawah, sebaliknya biar bawah follow atas.

Akmal Izzat menggelarkan diri sebagai ‘orang tengah’ yang menghubungkan peniaga dengan pelanggan. Suka membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet tetapi tidak tahu caranya. Berpengalaman selama 10 tahun di bidang digital marketing merangkumi pelbagai aspek dari social media marketing sehingga kecerdasan buatan (AI) untuk bisnes tempatan.

Upgrade ilmu & skill bisnes hari ini

Ketahui bagaimana TutorialXpress.my boleh membantu anda.