Apa khabar semua!
2020 dikejutkan dengan satu bencana yang tidak diduga oleh sesiapapun iaitu Coronavirus. Virus yang berasal daripada mutasi haiwan di China telah merebak ke serata dunia dan telahpun dikategorikan sebagai bahaya tahap pandemic (seluruh dunia).
Kerajaan telah ambil iktibar dari usahasama WHO dan juga pakar kesihatan seluruh dunia dan telahpun melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) atau MCO (Movement Control Order). Langkah ini ternyata memberi kesan positif sehingga usaha Malaysia dipuji pelbagai pihak dan kini sedang kembali pulih melalui PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) atau RMCO (Recovery Movement Control Order).
Tetapi Coronavirus dan MCO telah memberi kesan yang sangat besar kepada ekonomi di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Berikut ialah kesimpulan dari pihak yang sangat mahir ekonomi dan juga pentadbiran negara:
#1 – Malaysia sedang mengalami economic recession (kemelesetan ekonomi) yang terpaling teruk dari apa yang pernah Malaysia alami sebelum ini.
Sebabnya adalah sangat simple, jika dulu recession adalah dari satu bahagian ekonomi sahaja yang terkesan, 2020 menyaksikan SELURUH sektor ekonomi terkesan. Ini terbukti bila bilangan bisnes besar yang ditutup adalah sangat tinggi (apatah lagi bisnes kecil), diikuti bilangan pekerja yang hilang kerja berganda-ganda meningkat.
Halangan berniaga dari MCO turut main peranan apabila ramai peniaga tidak boleh berjumpa pembeli atau melakukan perniagaan sewaktu MCO. Ini menjadikan proses pemulihan sangat perlahan dan terus terang, kerajaan Malaysia pun sudah tiada duit mahu gerakkan ekonomi.
#2 – Kuasa membeli bertukar dengan drastik.
Ini adalah antara yang paling ketara apabila banyak bisnes tidak dapat buat sales kerana pembeli sudah mula jimat duit. Hanya yang tidak terkesan sahaja akan terus berbelanja seperti biasa, tetapi majorit yang kerja sendiri atau berada di private sector akan kurang berbelanja.
#3 – Kenaikan permintaan bisnes sewaktu MCO.
Walaupun diselubungi berita penutupan bisnes dan juga ancaman Covid-19, ada juga bisnes yang meningkat naik sambutannya berkali-kali ganda. Ini termasuk servis nyahkuman (disinfection), servis penghantaran, pembelian online di website ecommerce dan lain-lain lagi.
#4 – Lebih banyak bisnes besar akan tutup.
Ini bukan saja-saja tulis, saya dapat berita daripada sumber di kewangan negara bahawa ada beberapa bisnes besar akan tutup kerana usaha untuk pastikan ‘dana’ bisnes kekal didapati tidak berhasil. Dalam seminggu dua atau bulan-bulan akan ada berita yang bisnes gah pun tersungkur.
#5 – Norma baharu akan menggantikan cara kita hidup selepas ini.
New normal. Inilah satu terma yang mengatakan kehidupan kita sebelum ini tidak akan sama. Kerana virus Covid-19 ini, tidak akan ada vaksin terhasil kerana ianya virus dan akan terus bermutasi. Lihat saja Malaria, sehingga kini masih tiada vaksin. Jadi cara kita hidup dan juga berniaga akan turut berubah. Tidak boleh adakan acara besar-besaran, kesihatan mengatasi keuntungan dan lain-lain.
Jadi, apa perlu buat?
Dalam setahun dua ini, saya banyak terlibat dengan bisnes kecil-kecilan dan juga korporat, dan Covid-10 menyaksikan banyak perkara yang dilakukan mereka yang boleh saya share untuk sama-sama kita survive 2020 ini.
#1 – Jika dibuang kerja atau masih tiada pekerjaan = pastikan diri sendiri & keluarga terjaga.
Kurangkan kos perbelanjaan, tangguhkan apa-apa jenis pembayaran (boleh berbincang dengan pihak terbabit) dan mula mencari pekerjaan baru. Masih ada perniagaan yang mencari pekerja seperti supermarket dan juga sales agency, apply sahaja janji kita boleh bayar bil.
Jika boleh, mula berniaga kecil-kecilan. Ini cara cepat untuk jana income. Tak malu pun kalau cari income, janji family terjaga. Itu penting.
#2 – Jika bisnes terkesan = kurangkan kos dan cari jalan tambahkan sales.
Bisnes yang sukar mendapatkan sales disarankan agar kurangkan kos atau fikir secara rasional untuk hentikan kerugian berterusan kerana kesan Covid-19 akan berterusan sehingga ke tahun depan. Ada yang terus tutup bisnes dan jalankan bisnes baru, ada yang expand bisnes untuk cari lebih banyak pembeli.
Saya pun ada juga satu bisnes, sangat terkesan akan Covid-19 dan terpaksa hentikan staf dan juga negotiate untuk kurangkan kos sewa. Tetapi disebabkan market saya tidak terkesan dengan Covid-19, income masih ada walaupun tidak sederas sebelum ini.
#3 – Apply mana-mana dana kepada pekerja menganggur dan juga peniaga.
Kerajaan ada sediakan dana untuk bantu mereka yang tiada kerja (Bantuan Sara Hidup) dan juga dana untuk peniaga yang terkesan akibat Covid-19. Hanya perlu Google sahaja untuk dapatkan maklumat mengenai dana ini.
Ini pula pendapat peribadi saya.
Covid-19 walaupun meragut ratusan ribu nyawa, adalah satu ketukan untuk sedarkan kita akan perkara yang paling penting = survival. Permainan ego memaparkan kekayaan dan kejayaan ternyata tidak penting sebenarnya kerana tidak menjamin kelangsungan kehidupan kita. Covid-19 juga menyedarkan yang kita tak boleh terlalu selesa, kena sentiasa berfikir akan worse case scenario kerana ianya akan tiba dengan tidak disangka-sangka.
Sentiasa ada backup untuk apa saja perkara yang kita lakukan. Jangan fikir satu sumber income saja dah cukup, cari lagi. Yang tamak (secara sah) selalu untung sebenarnya. Dan Covid-19 telah membuktikannya.
Apa kisah anda sewaktu Covid-19 atau MCO? Share lah diruangan komen, ingin juga baca apa kisah anda sewaktu MCO ni.
