
Salam semua! Kecoh baru-baru ini akan penipuan resit oleh pembeli online siap dengan servis design resit Maybank lagi tu!
Sungguh panas dan tak duduk diam peniaga online.
Bukannya nak kata kebanyakkan orang Malaysia penipu, tidak. Tetapi jika tidak diketengahkan isu ini, akan ramai yang tertipu hanya dengan menggunakan resit.
Ini sebenarnya satu isu yang ramai orang terlepas pandang, iaitu macamana nak uruskan pembelian dengan mudah, sistematik & kalis penipuan.
#1 – Periksa & sahkan transaksi duit sebelum hantar produk.
Ini ramai kantoi. Saya selalu lihat perniagaan besar yang gunakan konsep ‘janji dapat resit, kita approve pembelian’. SILA JAUHKAN KONSEP SEBEGINI! Kenapa mereka buat macam tu sebab sales dah banyak dan malas nak check betul-betul.
Sentiasa periksa tarikh, masa, nilai, jenis transaksi dan lain-lain sebelum hantar produk.
Tips tambahan – letak disclaimer yang mengatakan produk akan dihantar setelah pembayaran disahkan. Ini untuk elakkan kemarahan pengguna yang inginkan produk dengan cepat.
#2 – Utamakan pembayaran selain Manual/Direct Transfer.
Pastikan ada SOP atau cara untuk periksa resit direct transfer. Jika jumlah pembelian produk adalah besar, disarankan guna 3rd party payment gateway untuk bantu proses pembelian ini. Jangan ditinggalkan pilihan direct transfer, tetapi tambah cara pembayaran agar kita dan customer lebih terjamin transaksi antara dua pihak.
Lihat pada keperluan! Jangan terus tukar tetapi perlahan-lahan didik pembeli cara membayar menggunakan kaedah lain (selain direct transfer) contohnya..
#3 – Gunakan Payment Gateway untuk terima pembayaran.
Ini satu alternatif yang sangat berkesan untuk peniaga online yang ingin kurangkan risiko penipuan & mudahkan pembayaran secara online. Gunakan Payment Gateway seperti iPay88, MOLPay, BillPlz dan lain-lain lagi untuk terima pembayaran TANPA perlu kita sahkan pembelian secara manual.
Hanya daftar dengan mereka, setup cara pembayaran dan gunakan semasa pembeli ingin buat bayaran. Tetapi, kalau nak mudah lagi..
#4 – Gabung Payment Gateway dengan website ecommerce untuk urusan jualan yang smooth.
Pernah beli di Shopee/Lazada/Zalora/Lelong dan seumpamanya? Mudah kan bayaran secara online? Itulah kekuatan bisnes online yang menggunakan sistem untuk uruskan jualan. Tak perlu nak bank-in bagai, betul?
Kenapa Shopee, Lazada dan Zalora boleh huru-harakan bisnes online mereka? Salah satu sebabnya ialah pembayaran yang mudah secara online yang digabungkan dengan website mereka dan juga Payment Gateway di Malaysia.
Macamana nak dapatkan website ecommerce? Anda boleh upah atau boleh bina website ecommerce sendiri dan gabungkan dengan Payment Gateway pilihan.
Yang paling penting:
– Jimat masa & tenaga (tak perlu buat manual).
– Transaksi pembeli yang lebih mudah & cepat melalui internet.
– Produk cepat diproses & dihantar setelah bayaran disahkan secara automatik (tanpa perlu check manual).
Tetapi, perlukah kita tinggalkan mereka yang tak biasa membeli secara online?
Terpulang kepada perniagaan masing-masing, sediakan pilihan yang memudahkan orang membeli secara online. Jika pembeli suka direct transfer, sediakan. Jika mereka suka online transfer, pun sediakan juga.
Cuma persoalan terakhir: apakah yang paling memudahkan perniagaan kita sebenarnya? Pilihlah yang menguntung kita dan juga pembeli 😀