
Salam semua! Haa bagi yang menggunakan sistem WordPress pasti akan terkejut kenapa WordPress selalu ada update?
Kalau WordPress bagitahu ada upgrade besar-besaran (major update), silalah berhati-hati.
Disebabkan WordPress adalah platform yang sentiasa berkembang, perubahan akan sentiasa ada dari masa ke semasa. Semua itu bertujuan nak kasi sistem WordPress lagi power. Jadi akan timbul isu plugin/theme tak sesuai dengan update selepas upgrade.
Oleh itu, jangan main upgrade je!! Kalau kita tak bersedia, nanti jem website (saya pernah kena)… oleh itu berhati-hatilah. Ni tulis dari pengalaman ni, lebih-lebih lagi bila website kita tulah nyawa perniagaan kita, pastikan kita update/upgrade dengan betul.
Selalunya, WordPress akan ada update untuk:
- Plugin.
- Theme.
- Sistem WordPress itu sendiri.
Ada problem ke kalau update/upgrade terus?
Adaaaa…. jika plugin/theme yang digunakan tak sesuai dengan update terbaru WordPress. Pernah beberapa kali pernah saya hilang pelanggan kerana:
- Plugin yang sudah lama tak update tidak ngam dengan sistem terbaru WordPress.
- Theme lama yang tak ber-update sudah tidak berfungsi dengan sistem WordPress terbaru.
Kenapa jadi macam ni?
Senang je, developer plugin & theme dah tak update mengikut sistem terbaru WordPress. Kemungkinan sudah tak buat coding, atau sudah give-up menghasilkan theme & plugin percuma (kebanyakan kes ialah plugin & theme percuma).
So kalau tak bersedia, ianya boleh jadi agak sedih juga laa lebih-lebih nak selesaikan masalah akibat update itu sendiri (yang sangat makan masa jika tak mahir teknikal).
Jadi apakah cara nak update WordPress dengan selamat tanpa rosakkan website??
Ada! Ini cara yang saya gunakan untuk update semua website saya yang penting:
#1 – Elakkan Auto-Update.
Sekarang ni ramai yang suggest gunakan software/app di Internet untuk update website secara automatik. Masa install website WordPress pun dia ada pilihan untuk update secara automatik kan? Elakkan.
Ada beberapa sebab saya sarankan jangan guna auto-update. Antaranya ialah ketidaksesuaian plugin dan sistem update tu sendiri. Saya tak boleh nak update website saya pun kerana software tu clash dengan beberapa plugin kritikal di website saya.
Mungkin website yang simple sahaja boleh gunakan auto-update, kalau website anda sophisticated (dengan erti kata lain, kompleks) saya sarankan jangan update secara automatik tapi buatlah secara manual. Teruskan membaca.
#2 – Backup WordPress dulu sebelum update.
Ada banyak cara nak backup WordPress, samada melalui cPanel, buat secara manual ataupun gunakan plugin. Saya pernah cuba SEMUA cara dan saya paling suggest, gunakan plugin. Ada banyak plugin di luar sana yang boleh kita gunakan samada percuma atau premium (berbayar).
- UpdraftPlus
- BackupBuddy
- BackWPUp
- BackUpWordPress
- Duplicator
- WP-DB-Backup (untuk database)
- VaultPress
Pasang, activate dan ikut arahan untuk backup dulu. Untuk pilihan, saya gunakan UpDraftPlus. Bagusnya plugin ni dia boleh backup dan simpan backup dekat DropBox! Saya pun guna plugin ni kalau nak backup. Dah le free.
#3 – Update satu persatu, jangan update semua plugin/theme serentak.

Ini aturannya untuk update:
- Update sistem WordPress dulu!
- Kemudian baru plugin atau theme.
Jangan update plugin dulu, lebih baik update sistem dulu kerana itulah asas website kita. Plugin & theme adalah yang kedua selepas sistem WordPress.
Akan sampai masa anda akan bergantung sepenuhnya kepada beberapa theme/plugin atau sistem WordPress tu sendiri dan anda mungkin risau WordPress akan meragam jika plugin/theme tak sesuai.
Kalau tak pasti ok ke tidak plugin/theme yang kita akan update, saya cadangkan update satu-satu. Jangan pilih semua kalau tak konfiden. Saya pun selalu pilih je semua untuk upgrade, cuma kalau ada update besar dari WordPress contohnya versi baru ke, maka barulah saya buat backup dan upgrade WordPress dulu! Kemudian barulah update plugin.
Kalaulah sewaktu kita update tu, tiba-tiba WordPress rosak, apa nak buat?
Rileks, ‘rosak’ di sini bukanlah bermaksud corrupt ke apa… cuma ada file tak elok je. So kita kenalah cari puncanya:
- Login ke cPanel atau akses FTP untuk website kita.
- Pergi ke website kita/wp-content/ dan tukar folder plugins kepada nama yang lain (contohnya Plugins-old ke, xPlugins ke, terpulang). Ini akan deactivate semua plugins dalam website kita (deactivate, bukan delete).
- Kemudian refresh balik website kita.
- Jika website kita timbul selepas refresh, tukar balik nama folder yang telah ditukar tu kembali kepada plugins.
- Kemudian, login semula dalam WordPress, pergi ke bahagian Plugins dan kemudian cuba aktifkan satu demi satu plugin untuk kenalpasti plugin mana yang ada problem.
- Jika plugin tu bermasalah, ulang step #1 dan hubungi developer plugin untuk bantuan atau dapatkan plugin gantian yang lain.
Kalau tak pandai juga, dapatkan bantuan hosting. Ini cara yang saya belajar melalui support hosting saya, kalau saya malas, saya akan email ke support saya sahaja, habis cerita. Cuma kalau nak cepat, elok buat sendiri.
#4 – Update pada waktu tak banyak trafik.

Bila kita buat pengiklanan, orang akan melawat website kita. Pastikan kita update sewaktu trafik tak ramai kerana orang yang masuk ke website yang sedang di-update, memang akan blah dari website kita, so dah rugi dah kos iklan dekat situ.
Inilah apa yang saya buat kalau ada update, saya akan ambil waktu tiada trafik iaitu samada belah malam atau saya sendiri stop pengiklanan barulah saya update selepas buat backup. Kalau website kantoi pun takde lah ganggu sangat. Boleh ejas malam tu ataupun restore dari backup.
#5 – Jangan biarkan website lama sangat tak ber-update. Sentiasa up to date setiap minggu/bulan.

Memang best bila webite dah siap, kita boleh tinggal dan buat pengiklanan sahaja untuk tarik orang. Tetapi jangan dibiarkan lama sangat kerana update terbaru akan sentiasa oleh. Oleh itu update-lah sentiasa, jangan dibiarkan sampai setahun tak ber-update baru sibuk nak update, nanti jadi macam student saya sorang tu, langsung tak boleh akses wp-admin walaupun laman webnya masih boleh diakses (tetapi wp-admin tak boleh akses sebab dah lama tak update).

Itu lah dia, cara terpaling selamat untuk update. Walaupun mungkin leceh, bagi saya ianya lebih selamat & berbaloi daripada cepat tapi menghancurkan website (yang akhirnya akan masa kita lebih banyak kerana tak berhati-hati).
Jumpa lagi!