Salam! Dalam beberapa episod perkongsian Internet email & post di Facebook, hari ni saya nak sembang sikit pasal hosting.
Setelah bertahun bergantung dengan website sebagai sumber pendapatan, saya langsung tak sangka perkara ini akan menjadi salah satu kriteria penting selain website kita iaitu hosting.
Yes, hosting yang bagus mempengaruhi prestasi website kita.
Ini cakap dari pengalaman ni, dan juga student-student yang banyak bekerjasama untuk siapkan website mereka. Ada macam-macam jenis hosting dengan macam-macam harga dekat luar sana tu, tapi mana satu yang bagus?
Sebab tu dalam artikel ni, saya nak share beza hosting RM60+, RM300+ dan RM1000+.

Bagaimana pilih hosting yang bagus?
Hosting ialah tempat kita menyimpan fail untuk website kita. Macam bangunan kedai di luar, kita boleh simpan fail-fail website kita di dalam hosting. Dan lebih besar saiz hosting, lebih banyak barang kita boleh simpan.
Kemudian, perkara seterusnya untuk kita lihat ialah bandwidth. Bandwidth ialah berapa banyak data yang boleh kita transfer kepada pengguna. Bila orang melawat website, mereka akan download grafik website kita ke dalam peranti mereka, dan berapa banyak MB di-download itu diukur dengan bandwidth. Dan berapa banyak orang yang boleh singgah ke website kita bergantung kepada bandwidth, iaitu jalan kepada kedai kita.
Kalau jalan tak cukup besar nak tarik banyak orang, apakah yang akan jadi? Yes, anda pun dah boleh teka = website akan jem kalau ianya tidak mampu menampung jumlah pelawat yang melebihi kemampuannya.
Dan kemampuan hosting itu bergantung kepada pakej yang kita ambil. Pendek kata, tengok dulu apakah pakej yang disediakan dan pilih yang sesuai dengan keperluan kita.
Ini perkara yang hanya orang dah ada website dan dah buat pengiklanan saja tahu kesannya. Dan di sini saya nak share pengalaman saya menyewa 3 jenis hosting dari RM60+ kepada RM300+ dan RM1000+.
Hosting
Harga
Saiz Hosting
Bandwidth sebulan
Akaun E-mail
Domain
Subdomain
NetKL
RM60+
setahun
500 mb+
10 gb
3
1
-
HostGator
RM300+
setahun
∞
∞
∞
∞
∞
InMotion
Hosting
RM1000+
3 tahun
∞
∞
∞
6
100
*ada banyak lagi feature yang saya tak masukkan, kerana ianya tak penting. Saya akan jelaskan kemudian.
Hosting murah ($) tempatan – NetKL – RM60+ setahun.

Saya pernah menggunakan website yang pakejnya hanya RM60 sahaja dan saya tidak pernah menggunakannya untuk menarik trafik, jadi tak boleh nak ukurlah kesannya.
Tetapi saya ada dua orang student yang lancarkan produk ebooknya sendiri, menggunakan hosting yang berharga RM60+, dan apakah hasilnya?
Website jem apabila ramai sangat pelawat datang. Kenapa?
Sebagai contoh, pelawat website perlu download sebanyak 1mb untuk lihat website kita. Kalau ada 1000 orang? Maka 1mb x 1000 orang = 1000mb @ 1gb.
Jika pakej RM60+ ianya didatangkan dengan 7 gb bandwidth sahaja (5-6 tahun lepas, kini dah upgrade ke 10 gb), maka jika dia ada 7000+ pelawat yang datang (dalam sebulan) maka 7000 orang x 1 mb = 7000 mb @ 7 gb maka habislah kuota bandwidth.
Itupun kalau website mereka bersaiz 1mb. Kalau berat? Contohnya 2mb? Pasti jumlah pelawat hanya 3500 orang sahaja sebelum jem.
Akhirnya mereka terpaksa upgrade pakej.. setelah di-suggest oleh support mereka.
Kesimpulannya? Jika kita tarik trafik secara besar-besaran, bersedialah dengan website yang lebih power untuk menampung trafik.
Hosting sederhana ($$) – HostGator @ RM300+ setahun.

Setelah saya menggunakan website yang berharga RM60+, saya mula rasakan yang ianya tidak mencukupi. Maka saya beralih kepada hosting yang lebih besar ketika mempunyai modal. Maka saya memilih HostGator. Dan ini pengalaman saya sendiri, bertahun-tahun saya pakai memang bestlah. Sebab domain unlimited, bandwidth unlimited, saiz unlimited memang best gilalah! Maka banyaklah website yang install dan eksperimen, memang best.
TETAPI! Problem mula berlaku apabila hosting saya diserang virus. Paling teruk pada 2016 di mana saya langsung tak boleh jalankan perniagaan saya.
Baca: Bagaimana saya selesaikan sendiri masalah WordPress kena hack:
Pada waktu inilah segala feature hosting yang unlimited tu tak membantu langsung kerana saya sepatutnya lihat pada support & security yang ditawarkan.
Sewaktu saya dilanda masalah pada 2016, HostGator tidak membantu untuk buang virus. Malah teknikal juga diserahkan bulat-bulat kepada pemilik website dengan alasan ianya tidak termasuk dalam skop servis. Sedangkan sewaktu awal-awal saya menggunakan HostGator, support mereka tolong buang virus siap scan & betulkan lagi banyak website saya (lebih dari satu). Kini support sebegitu sudah tiada.
Dipaksa bayar lebih untuk selesaikan masalah.
Dan paling malang, mereka suruh saya bayar untuk servis SiteLock (servis buang malware/virus). Tetapi disebabkan terlalu banyak review yang negatif di Internet (search sahaja SiteLock review) maka saya terpaksa mencari hosting lain.
Kesimpulan: Mungkin support sekarang ini sudah lebih baik dari dahulu tetapi jika anda jaga website dengan betul, HostGator memang power gila. Banyak unlimited kot.
..dan apabila selesai mencari hosting selain HostGator, maka saya akhirnya memilih:
Hosting mahal ($$$) – InMotion Hosting @ RM1000+ 3 tahun.

Sebelum saya memilih InMotionHosting, saya telah selidik BANYAK hosting lain. Bermacam Facebook group saya tanya, bermacam review saya dah baca, bermacam perbandingan telah saya buat.
Dan saya duduk di dalam dilema samada ingin gunakan InMotion Hosting atau SiteGround.
Kedua-duanya sangat bagus! Tetapi secara ringkasnya, SiteGround mempunyai feature yang kurang berbanding InMotion Hosting.
Tetapi saya tidak kisah langsung (kisahlah sikit) pasal feature hosting size, bandwidth semua tu.
Saya lebih pentingkan SUPPORT.
Setelah berjam-jam chatting dengan kedua-dua support dari InMotion Hosting & SiteGround, saya dapati kedua-dua hosting punya support adalah WORLD CLASS. Sangat gila! Mereka ada sistem support mereka sendiri (ticket support) tapi mereka juga masuk ke dalam group FB yang bukan milik mereka dan beri support di luar dari website hosting mereka!
INI BETUL WORLD CLASS NI WEYYYY!!
Saya sendiri tengok depan mata mereka support pelanggan mereka yang komplen masalah mereka di dalam Facebook group (bukan di support ticket) menggunakan profile FB peribadi mereka sendiri! Saya betul-betul terkejut dengan budaya ini.

Tetapi saya akhirnya memilih InMotion Hosting kerana saya berjaya dapatkan jawapan untuk masalah saya.
-
Ya, mereka boleh bantu scan & buang malware.
-
Ya, mereka boleh bantu pindahkan website dari hosting lama ke hosting mereka.
-
Ya, mereka boleh betulkan website WordPress kita kalau ada masalah.
-
Ya, mereka ada support community yang aktif.
-
Ya, support mereka sangat cepat, ada pelbagai cara untuk hubungi mereka.

Berjam-jam saya chat dengan support sampai tak balik kerja dia melayan saya. Memang saya puas hati.
Sebab itu saya jarang bertanya dalam group kalau ada masalah hosting, saya tanya direct kepada support terus. Takde lah menanti jawapan dari orang yang kena ada masa baru nak reply dalam Facebook group lebih-lebih lagi group umum.
Dan inilah sebabnya kenapa feature unlimited tu bukanlah apa yang saya cari dalam hosting, tetapi:
Hosting
Harga
Support
NetKL
RM60+
setahun
★★★✰✰
HostGator
RM300+
setahun
-
InMotion
Hosting
RM1000+
3 tahun
★★★★★
..support.
Dan kenapa harga RM1000+? Itu untuk 3 tahun, saya dapat offer. Terus ambil. Dan alhamdulillah, TutorialXpress.my kembali online! Kini saya dalam proses upgrade tutorial lama & bakal launching satu lagi produk!
Dan sehingga kini website berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Tidak kisah pun apa jenis hosting kita gunakan, pastikan support mereka bagus.
Jika ada problem sikit pun mereka terus buat tak tahu dan jika ianya berterusan sehingga kita tak boleh beroperasi (disebabkan suka lepas tangan), maka silalah cari hosting yang lain.
Jangan ambil mudah sebab nak jimat, nanti diri merana. Saya sudah kena, dan saya tak mahu anda pun kena juga. Jika mampu, dapatkan hosting yang support-nya bagus.
Jumpa lagi.
Keputusan akhir.
Hosting
Harga
Saiz Hosting
Bandwidth sebulan
Akaun E-mail
Domain
Subdomain
Support
Your Text
