Salam!
Huiyo sekarang ni kalau tengok ramai peniaga online di Facebook, ramai yang mencanang betapa power-nya team jualan WhatsApp mereka!
Tak lupa juga juara website e-commerce yang mencanang betapa mudahnya sales masuk secara automatik tanpa perlu WhatsApp!
Buat sales guna WhatsApp vs website e-commerce, mana satu yang boleh digunakan ni??
Jika anda ada soalan ini, anda mungkin masih baru. Jawapan yang paling tepat = terpulang kepada strategi perniagaan masing-masing. Tidak salah menggunakan WhatsApp, tidak salah menggunakan website, yang penting tahu menggunakannya dengan betul.
Persoalan yang lebih penting di sini, adakah ianya menguntungkan kita sebagai peniaga dan juga perniagaan kita?
Kenapa kena lihat dari sudut peniaga & perniagaan?

Ini adalah dua perkara berbeza. Peniaga ialah diri kita sendiri. Dan perniagaan ialah perniagaan.
Kita sebagai peniaga perlu membangunkan perniagaan (inovasi), dan perniagaan perlukan sales (marketing) untuk teruskan operasi. Jadi, adakah WhatsApp & website membantu kita?
Mari kita pecahkan pro & cons dua perkara ini.
Sistem
Harga
Pemasangan
Penggunaan
Menjelaskan Produk
Soal Jawab Produk
Menjual Produk
Pembayaran
Urus Order
Follow-Up
Tahap Kemesraan
Masa Dilaburkan
Keberkesanan
Bagaimana Jana Keuntungan
Percuma
Pantas
Mudah
Manual - Berbual di chat
Manual - Soal jawab di chat
Manual - Menjual di chat
Manual - Beritahu cara membayar melalui chat
Manual - Salin nombor & order
Manual - Broadcast sahaja
Pantas & lebih personal
Manual - Peniaga perlu labur masa menjawab WhatsApp
Sangat berkesan jika prospek suka menggunakan WhatsApp.
Latih team jualan untuk close dengan WhatsApp, kemudian tarik trafik banyak-banyak.
Website
E-commerce
RM60-RM300
setahun
Memakan masa
Teknikal
Automatik - Product Page + Minisite
Automatik - sistem live chat, email, seksyen Q&A
Automatik - Borang Checkout Sistem E-Commerce
Manual & Automatik - Bank Transfer & 3rd Party Payment Gateway
Automatik - Sistem E-Commerce
Manual & Automatik - Guna sistem broadcast sendiri/Autoresponder
Tidak personal, sistematik
Automatik. Peniaga tidak perlu luang masa, hanya periksa bayaran sesudah customer buat order.
Sangat berkesan jika prospek sudah biasa membeli di website.
Banyakkan trafik.
Perbandingan ini bukan bertujuan untuk berat sebelah, kedua-duanya ada kebaikan dan kekurangan.
Kalau masa kita banyak dihabiskan menjawab WhatsApp dan buat sales hingga 5 angka secara solo, bilakah perniagaan kita akan berkembang?
Itulah yang berlaku dekat salah satu student saya.
Pengalaman student saya menggunakan WhatsApp?
Ada seorang student saya ni… yes, dia sorang boleh buat 5 angka seorang diri setiap bulan. Tetapi letihnya ya amat, memang letih hingga tiada masa nak bercuti kerana sibuk WhatsApp.
Akhirnya mengadu tiada masa nak buat benda lain. Jadi, macamana dia atasi masalah ni?
Dari kerja berseorangan, dia belajar & kini sudah bina team perang sales WhatsApp.
Dengan berbekalkan pengalaman MLM dulu, kini dia dah berjaya jana RM1 juta ringgit dari jualan produk orang lain. Macamana dia dapat jumlah sales macam tu? Dia bukan buat seorang diri dah, dia kini sudah ada team dan sudah ada beribu ejen dropship yang dibina bertahun-tahun lamanya.

Ya, ada team. Kos pemasaran hanya untuk tarik ejen dan latih mereka menjual menggunakan WhatsApp & Facebook Ads.
Apa kelebihan mempunyai team sales perang WhatsApp?
Kelebihannya sudah tentu ada sales akan berjalan kerana sudah ada team. Sekaligus boleh kurangkan kos pemasaran dan target sales boleh dikejar kerana sudah ada team yang uruskannya.
Pengalaman saya & student yang menggunakan website e-commerce?
Pada pendapat saya, lebih baik gunakan kedua-dua. Itu lebih bagus. Saya pun pernah jual menggunakan kaedah manual seperti WhatsApp (tapi guna Facebook PM lah). Hasilkan produk, buat Facebook Ads lepas tu layan PM. Memang menjadi. Sales 4 angka dalam beberapa hari sahaja hanya dengan layan PM.
Tapi saya mula rasa takut. Apa akan jadi kalau saya buat Facebook Ads kaw-kaw nanti ye? Ada masa ke nak layan semua ni?
Itulah yang menyebabkan saya bina website saya AkmalDesigns.net dan jual produk saya menggunakan minisite. Kemudian tarik trafik melalui Facebook Ads. Hasilnya?

Jualan 5 angka tercapai dan yang paling mengejutkan, order tersusun rapi dan memang bersistem.
Setelah saya ajar teknik bina website e-commerce pada student saya, alhamdulillah ada yang boleh jana sales sampai 5 angka. Antaranya ialah RekaBentukRumah.com. Sales datang 100% dari SEO selepas ada website.
Apa kelebihan guna website e-commerce?
Dari pengalaman saya, ianya lebih jimat masa apabila buat pengiklanan dan hanya perlu uruskan order setelah sales masuk, itu je disamping ada brand sendiri dan penampilan website sendiri jadi nampak lebih professional.
Tapi yang paling penting ada sistemlah, tak payah nak simpan order semua secara manual, semua automatik.
Kesimpulannya? Apakah cara menjual yang patut kita gunakan?
Jawapannya ialah = Guna ikut kesesuaian perniagaan kita. Ada yang sesuai guna WhatsApp, ada yang sesuai guna website. Cuba tengok penjual produk OEM, ada guna website? Dan cuba tengok Lazada, ada ke guna WhatsApp?
Walaupun kita pandai bina website dan pandai close sales pakai PM, sales tidak akan datang jika tiada pengiklanan. Kedua-dua teknik di atas memang perlu buat pengiklanan barulah trafik akan datang.
Pendek kata, sesuaikan teknik di atas dengan pasaran dan perniagaan sendiri agar kita boleh maksimakan keuntungan dari kedua-dua tools ini.
Saya sendiri pun walaupun ada website, saya masih turun padang buat sales kalau prospek tak biasa masuk website. Walaupun ada peniaga yang ada team perang sales WhatsApp, mereka masih menggunaan website untuk terima order dari ejen/stokis.
Itulah perkongsian saya kali ni, jumpa lagi.
